Selasa, 5 Mei 2015

Pedajal Kawan Dengan Peter Answer :p

Hahahahahaaha ! Berdekah dekah aku gelak semalam ! Aku dapat pedajal si Balqis ni dgn menggunakan Peter Answer ! Terima kasih Peter Answer !



Saat tu,air mata dia turun macam air terjun . Sebab takut yang amat,dia ambil keputusan untuk bunuh diri.......................................

Cewahh ! Mana ada la :3.Aku saje nk bagi korang scary . And then aku dedahkan rahsia kat dia..

Rahsia:

1. Korang pergi laman web peteranswers.com.

2. Pikir dulu soalan apa yang korang nak tanya. Sebagai contoh, "Apa nama blog aku?"

3. Tricknya bermula di sini. Pada ruangan PETITION tu, wajib korang isi, "Peter, please answer the following question" atau ringkasnya "Peter, please answer". 

Tetapi, cara nak isi ruangan PETITION tu adalah, mula-mula korang tekan titik / noktah [ . ] pada keyboard korang. Sebaik sahaja korang tekan titik / noktah, akan keluar huruf 'P' pada ruangan petition tu. Kemudian taipkan jawapan. Sebagai contoh korang taip "operasi hitam" selepas menekan titik / noktah. Lihat pada ruangan PETITION. Apabila korang menaip "operasi hitam", huruf-huruf pada PETITION tu keluar lain daripada apa yang korang taip. Akan keluar "Peter, please" walaupun korang menaip "operasi hitam". Kemudian selepas menaip "operasi hitam", tekan titik /noktah semula sebagai penutup. Lihat huruf terakhir yang tertera, kemudian sambungkan. Sebagai contoh "Peter, please ", sambungkan dengan menaip "answer the following question".

4. Kemudian taipkan soalan yang korang dah pikir awal-awal tadi pada ruangan QUESTION.

5. Kemudian klik OK! Maka akan keluar lah jawapan yang korang taip pada petition tu di bawah.

Faham ? Tak faham ? Baca lagisekali sampai betul betul faham --".

Dah lah . Dah macam blog mak nenek pulak aku membebel kat sini --''.

Ok . Bye 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan